
Mampukan BN mempertahankan kerusi Parlimen Kluang dan Dun Mahkota ?
Apakah usaha BN untuk merampas kembali Dun Mengkibol ?
Dua soalan yang kini menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi Melayu Kluang. Daripada kajian rambang bahawa 90% mengatakan bahawa ketiga-ketiga kerusi akan menjadi milik pembangkang di atas faktor berikut :-
1. Perpecahan Ahli UMNO.
Pemimpin UMNO Bahagian masih gagal menyatupadukan ahli-ahli UMNO yang terus berpecah selepas pemilihan UMNO yang lalu. Masih wujud puak-puak dalam UMNO, puak yang kalah dipinggirkan dan disingkirkan, pemberian kontrak kerja dan bekalan kepada pihak yang menyokong sahaja, laporan kewangan gerai ramadhan 2009 kabur dan tidak lengkap, penganjuran Geran Ramadan 2010 oleh JPMM Dun Mahkota tanpa persetujuan AJK Bahagian , pengagihan projek kecil tidak sama rata, pembinaan gelanggang futsal kepada cawangan baru tubuh, masaalah koperasi hartanah,kegagalan mempertahankan Senator Melayu di Kluang , pemberian kontrak pembinaan Pekan Rabu kepada JU-ICHI dan banyak lagi....
2. Gerak Kerja Pilihanraya.
Pemimpin Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Puteri nampaknya lebih banyak bercakap daripada bekerja. Mereka gagal melaksanakan kempen daftar pemilih baru sebagaimana pemuda DAP mengadakan kempen daftar pemilih di Kluang Mall dan Kluang Parade. Aktiviti mereka hanya setakat mengadakan pertandingan futsal dan bola jaring.
3. Kegagalan Ahli Majlis dikalangan wakil UMNO gagal mempertahankan gerai Melayu dirobohkan dan pelaksanaan cukai pintu di Kg Semberong
4. Masalah permohonan tanah di Kg Sri Tenggara menyebabkan 18 AJK Cawangan telah meletakkan jawatan
5. Kurangnya program ceramah politik anjuran UMNO Bahagian ditempat-tempat panas untuk serang semula isu pihak pembangkang. Pihak UMNO Bahagian sepatutnya membekalkan lap-top dan broad band serta memberikan latihan IT kepada pemimpin cawangan agar mereka terdedah dengan isu-isu politik semasa
Secara amnya, pandangan masyarakat Kluang bahawa BN akan gagal mempertahankan kerusi Parlimen dan Dun Mahkota serta gagal merampas kembali Dun Mengkibol kerana peratus sokongan kepada BN adalah seperti berikut :-
1. Undi Melayu - 60%
2. Undi China - 20%
3. Undi India - 40%
Pihak Pusat dan Perhubungan UMNO negeri Johor kena segera " Overhall " BN Kluang jika mahu menang PR 13 ....masih belum terlambat